Followers

Sunday, May 15, 2011

IKHLASKAH AKU???


Oh Tuhan,
Apa kah ada ikhlas dalam diriku?
Aku beribadah,
Kerana di suruh,
Aku berdoa,
Kerana ingin meminta.

Benar kasihMu luas,
Pintu taubatMu sentiasa terbuka,
Namun tanpa keikhlasan,
Aku kecundang semula.

Dahulu aku tenteram,
Dalam bahteranya Nuh,
Namun kasih akan dunia,
Dan tanpa keikhlasan dalam hati,
Membawa aku ke lembah,
Lembah paling durjana.

Mujur sempatku berpaut,
Namun apakah masih sempat,
Masihkah ada waktu,
Di kala dunia semakin menghampiri,
Tempoh yang paling genting.

Rasulullah meninggalkan dua perkara,
Sedangkan keduanya aku tinggalkan,
Aku meminta di hargai seperti emas,
Sedangkan aku hanya secebis sampah.

Kini aku bersendirian,
Meniti hari demi hari,
Berharap tragedi hanya suatu mimpi,
Sedang realiti sudah terbukti.

Dalam kesunyian,
Aku teruskan kembara,
Bagai si buta meraba-raba,
Berjalan mengharapkan di pimpin.

Walau terus mengharap dengan tabah,
Agar keikhlasan akan hadir juga,
Dalam secebis hati yang semakin mencerah,
Agar kasihmu di balas ikhlas jua.

No comments:

Post a Comment