Followers

Sunday, February 5, 2012

BAHAGIA

Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, 
kita  akan  kecewa.  Namun apabila kita berkelakuan baik kepada 
orang, Insya-Allah kita akan bahagia.

Memang  kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman 
dan  memang kita tahu apa ingin kita lakukan tetapi seandainya 
perbuatan  itu  bertentangan  dengan garis panduan yang telah 
Allah tetapkan, siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih 
berada  di pihak  yang  benar?  Buatlah apa saja, rancanganlah 
apapun  tetapi  jika  ia  berbeza  dengan  peraturan Allah, maka 
pilihlah peraturan Allah.

Apa  yang  kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan 
kekal abadi kita di akhirat kelak. Jadi adakalanya kita perlu bertanya 
kepada  diri, “Apakah perkara  yang  aku  lakukan  sekarang  paling 
perlu aku lakukan sekarang?”

Siapa  yang  mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak 
akan  pernah  gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa 
‘belum berjaya’. Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.

Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan 
hidup  kita  sekeluarga.  Namun  kita  tidak  boleh  bersangka buruk. 
Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka 
untuk  memusnahkan  hidup  kita,  berusahalah  untuk menjauhkan 
diri dari mereka. Dan berdoalah supaya mereka menjadi orang yang
terbaik.

--

No comments:

Post a Comment