Followers

Sunday, February 5, 2012

SYUKUR

Saban hari kita melalui hidup suka dan duka silih berganti.
bagai  siang  dan malam. Kita punyai ramai kawan-kawan,
dan  bagi  yang  berkemampuan  apa yang mahu dapat di-
adakan.  Namun  kenapa hati masih tidak merasa bahagia.
Tiada  ketenangan  persis  melihat  jalan yang bersimpang 
siur  dan  ada  batu  besar di atas kepala. Kita mempunyai
hajat  samada  kecil atau besar, tapi tiada tercapai tentang
apa  yang  diimpikan.  Barangkali  kita  lupa atau sengaja
tidak   mahu  buat  postmortem  dan  checklist  apa  yang
terpahat  pada  jiwa,  bagaimana  pergantungan  jiwa  dan
apa intipati yang telah disemaikan.

Ketenangan bukan boleh dibeli dengan wang ringit ataupun
ditukar dengan material. Setiap hari kita solat dan berdoa
dan kenapa tidak dimakbulkan.

Hati  kita  tak  gembira  sebab  kita tak pernah bersyukur dengan 
apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat 
yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, 
sampaikan lupa melihat nikmat sekeliling.

Kita berdoa, tapi  doa Allah tidak  makbulkan?
Sebabnya   asyik  meminta pada Allah, tapi tidak  pernah meminta
ampun  pada  Allah,  sedangkan banyak dosa-dosa terhadap  kepada
Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar
Allah  makbulkan doa kita. Tetapi selepas mendapat kesenangan 
lupa  pada  Allah untuk mengucap syukur pada Allah. Bila  datang 
kesusahan, T\tika itulah teringat Allah. Kita akan menangis, merintih
mintak tolong pada Allah.

Cubalah  renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali menyebut kalimah 
syukur dalam satu hari? tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. 
Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada disebut.

Pernahkah  bangun malam, solat tahajud,solat taubat? mengalirkan
airmata kesyukuran dengan setiap detik yang Allah pinjamkan pada
kita untuk terus bernafas menghirup udara.

Kita selalu berbuat baik dan menolong orang dengan bersedekah.
Tapi  tidak merasakan kemanisan ekoran dari perbuatan kita dan
jiwa  masih  tidak tenteram. Sebenarnya dalam jiwa belum cukup
mantap  tiada sifat ikhlas hanya manis dibibir tapi jauh dalam hati
ada  niat  yang tertentu agar mahu sanjungan, balasan dan nama
dari  manusia.  Riak  dengan  setiap  kebaikan  yang  dilakukan. 
Dengan  kata  lain  hati dibaluti dengan sifat mazmumah. Dengan
adanya sifat inilah juga akan menghilang bahagia di jiwa.

Jangan  sampai  lupa  siapakah  yang  memberi kejayaan kepada
kita. Lembutkan jiwa, tunduklah kepada Allah. Bersyukur dengan
nikmat  yang  telah  Allah  kurniakan  dan  pinjamkan kepada kita.
Kerana  ini  semua  tiada  akan  kekal. Bila-bila masa Allah boleh
tarik  semua  ini.  Jadi ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan yang
kita  lakukan. Kita  perlukan  redha  dari  Allah,  tidak ikhlas Allah
tidak redha. 

No comments:

Post a Comment