Followers

Sunday, May 15, 2011

LAKSA BESTTT!!!!

Salam ukhwah.. Ahlan Wasahlan ..Dah lama tak buka blog dah bersawang agaknya apa nak tulih pun tak tau..  heheh tghari ni kak Sue buat laksa.. ermm.. nyum.nyummy  cemuih makan nasi kita makan laksa lak .. leh gitu.. tak la reti nak masak tapi try2 cam ok ja, rasanya dah lama sangat tak update blog kak sue nih kawan yg ajaq buat blog pun asyik dok merungut ja suruh updatee.. hahah.. kak sue ni sebenaqnya tak bopa 'tera' nak menulis nih malas sama stakat copy paste leh arghh .. .. untuk adik kak sue yg sorang ni kak sue tayang  gambaq laksa sedap yg kak sue buat taksat .. k .. layannnzzzzz

IKHLASKAH AKU???


Oh Tuhan,
Apa kah ada ikhlas dalam diriku?
Aku beribadah,
Kerana di suruh,
Aku berdoa,
Kerana ingin meminta.

Benar kasihMu luas,
Pintu taubatMu sentiasa terbuka,
Namun tanpa keikhlasan,
Aku kecundang semula.

Dahulu aku tenteram,
Dalam bahteranya Nuh,
Namun kasih akan dunia,
Dan tanpa keikhlasan dalam hati,
Membawa aku ke lembah,
Lembah paling durjana.

Mujur sempatku berpaut,
Namun apakah masih sempat,
Masihkah ada waktu,
Di kala dunia semakin menghampiri,
Tempoh yang paling genting.

Rasulullah meninggalkan dua perkara,
Sedangkan keduanya aku tinggalkan,
Aku meminta di hargai seperti emas,
Sedangkan aku hanya secebis sampah.

Kini aku bersendirian,
Meniti hari demi hari,
Berharap tragedi hanya suatu mimpi,
Sedang realiti sudah terbukti.

Dalam kesunyian,
Aku teruskan kembara,
Bagai si buta meraba-raba,
Berjalan mengharapkan di pimpin.

Walau terus mengharap dengan tabah,
Agar keikhlasan akan hadir juga,
Dalam secebis hati yang semakin mencerah,
Agar kasihmu di balas ikhlas jua.